Tuesday, November 24, 2009

Agnes Monica - Teruskanlah

Nice song..layann.....


Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar

Tak di anggap
Sama sekali..


Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan


Reff :


Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku


Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu


Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu


Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu


Teruskan lah… teruskan lah..

Petikan dr blog

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering
mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan'.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih
sengih aje lah I at that time.

'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri saya tu main reverse psikologi dengan saya.

Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah.
Sebab apa ? Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara.Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah.

Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah.

Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain. anak anak lebih tertekan. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.

Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada> experience dengan isteri pertama-bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak) sedangkan dirumah isteri tua, anak anak sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu.
Eii tak sanggup pula.

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan
mata,buat kita dah tak senang duduk.Tak kan raya asyik balik umah mak
mertua baru aje.

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang
indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan,
selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya.


Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.

Hargai dan ingatlah pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah
merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .

Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau
isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis
bila saya sebutkan. Cukuplah.

Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. Ye ke?Bab kawin kawin aje nih
cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial ..

Ambillah iktibar dari luahan hati lelaki ini..

P/s: Kalau semua lelaki fikir macam ni, aman dunia..

Monday, November 23, 2009

Nukilan rasa ibu mengandung

Sudah hampir 4 bulan rupanye aku mengandung anak ke 4. Another 6 months to go. Ku lalui hari-hari mencabar ini dengan gigihnya..life must go on..dan fasa mengandung kali ini amat mencabar mindaku kerana "sesuatu yang pernah terjadi dalam hidupku ketika aku sedang sarat mengandungkan anak ke 3".


Sesungguhnya ingatanku kpd peristiwa itu takkan pernah lupus, fobia itu takkan berlalu begitu sahaja..sesekali ia menjengah kotak fikiran & perasaan ku..risau..lantas aku berdoa dan berharap semoga kali ini semuanya akan baik-baik sahaja..amin..

I hate being in this state of mind..I want to be free..

Tensyen

Kenapa aku tensyen??
Sbb sampai hari ini walaupun dah mendapat green light drpd Dr. A utk melepaskan jawatan sbg PTL, tetapi sehingga ke hari ini masih belum dilantik pengganti aku.

Abis tu camne? kena proceed jugak la tu. Tensyen2. Dah ada yg dinamakan tetapi masih belum mahu mengambil tugas aku ini.

Kerjanya sgt lah renyah sehingga aku pening beberapa kali. Tak sesuai utk ibu2 mengandung dengan alahan teruk. Seeloknya diberikan kepada anak2 dara atau ibu2 yg tidak mengandung.

Tensyen sgt la..camne nak buat ni?? tensyen sgt sampai aku rasa nak gi berjln2 shopping kat bandung untuk release tensyen..

Bila telefon PT, dia kata pertukaran tu akan berkuatkuasa bila aku pindah nanti. Hemm, kalau mcm tu sama la mcm aku x payah jumpa Dr. A bagitau aku x larat nak handle tugas "tambahan" tu & tak perlulah aku penat2 cerita masalah kesihatan aku kat dia..takde maknanye..

geram..geram..heiii..geramnye..x tau nak buat ape?? x tau nak marah kat siapa??? yg pastinya aku marah & bengang & tensyen & geram..cool2..relaks kn diri sendiri..org lain xde nak relakskn aku sbb diorg x rs apa yg aku rasa..

tiba2 aku teringat, kita kena hadapi masalah, jgn lari dr masalah..so hadapinye dgn hati terbuka..buat mcm xde ape2..yg fikirkan sgt tensyen, kalau difikirkan sgt, lg la tensyen..guna reverse psychology..

Yg psl perpindahan aku ke Putrajaya plak, tgh tunggu kelulusan bos J*A supaya aku dpt pindah tanpa perlu pengganti..

Tunggu aje la camne?? Next mth/Januari 2010..insya allah
..

Aku dulu dan kini

Tidak banyak yang ingin ku ceritakan ketika ini, cuma gambar pengganti cerita..ini adalah aku dr kecil hinggalah skrg..
Me with my sister Suhana. Tak silap umur masa ni 6 tahun.

Masa gi Tugu Negara. Me with my parents & mak ndak. I'm 6 years old jugak kot.


Masa bercinta dgn slebetpujaan kat UTP@USM 1998-2000. 2000 slebetpujaan abis blaja, tinggallah aku menanti konvo 2001.

Me sblm kawin at 23 yrs old. First time make up tu kat KL Sentral. Bila make up nampak matured kan?


Masa anak sorang, Dina 1 1/2 tahun.

One family 2005.


2008, anak dah 2. Dina 4 thn, Khaira 1 1/2 tahun.




Satu hari yang memuaskan hati

Jumaat lepas, sabtu, ahad dan smlm aku bercuti. Hemm, agak lama juga cuti sblm raya. Sengaja aku merancang untuk bercuti supaya dpt restkan otak & jalani terapi. Terapi ape ye? he3..terapi berjalan2 shopping@window shopping di jln tar..huhu..bestnye..puas hati..tgh boyot2 pun boleh lagi membawa diri kat jln tar.. he3..

yg nak beli lain, tapi dpt lain plak..plan nak beli handbeg baru yg berjenama tetapi yg ku borong byk adalah baju2 untuk anak2..best tu, sale kat Sogo & then pergi Reject Shop..baju kat Reject Shop pun boleh tahan, branded & murah..half price..but berbaloi sgt2..balik umah anak2 terkam..diorg happy sgt tgk baju berlambak..

Tapi ada lg baju yg aku minat kat Reject Shop tu tp later la aku beli..tapi slack sikit la, my daughter Dina tu tak suka pakai jeans..hem takkan beli baju lawa2 pakai ngan sluar track plak kan..hem..camne nak buat ek??

Thursday, November 19, 2009

Bermulalah episod baru...

Kenapa aku nak tulis blog?
hemm..tak berapa susah nak jawab soalan ni..
1)sbb trend skrg
2)sbb aku tak mahu ketinggalan zaman lagi..kuang3..terasa ketinggalan zaman plak sbb semua kwn2 ade blog, siap aktif lagi tu..huhuhu..tetapi aku bila lagi?
3)sbb aku nak suatu hari nanti aku boleh mengimbas kembali kenangan
4)sbb aku suka untuk berkongsi cerita suka duka
5)saja nak release tensyen

Kenapa slebetpujaan?
ha ha..cuba teka kenapa? hanya insan yang bernama azizul tajuddin aje yang tahu..he3..


slebetpujaan itu merupakan antara kenangan manis dalam hidupku..yang akan aku ingati sehingga akhir hayat..kerana insan itulah yang kini bergelar suamiku..dulu slebetpujaan ni kekasihku..huhu..jiwang nampak..skrg dah jadik suami tercinta..

Inilah slebetpujaan ku bersama anak-anakku..dina & khaira..