Tuesday, December 29, 2009

Tanda-Tanda Kiamat Kecil & Besar

Tanda-tanda kiamat kecil menurut dalil

1)Penaklukan Baitulmuqaddis

2)Zina bermaharajalela

3)Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

4)Bermaharajalela alat muzik

5)Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.

6)Menghias masjid dan membanggakannya

7)Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

8)Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

9)Ramai orang soleh meninggal dunia

10)Orang hina mendapat kedudukan terhormat

11)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

12)Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

13)Bulan sabit kelihatan besar

14)Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

15)Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

16)Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

17)Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa

18)Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

20)Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

21)Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

22)Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

23)Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

24)Orang akan melakukan homoseksual.

25)Akan terdapat ramai anak luar nikah.

26)Berkurangnya sifat amanah

27)Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

28)Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

29)Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

30)Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

31)Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

32)Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

33)Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

34)Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara

35)Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

36)Memandang rendah kepada darah

37)Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

38)Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

39)Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

41)Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan (eg in Palestin)

42)Banyaknya berlaku gempa bumi

43)Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

44)Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

45)Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

46)Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat



Tanda-tanda kiamat besar menurut agama Islam merupakan suatu peralihan dari tanda-tanda kiamat kecil dan juga petanda ini menunjukkan bahawa dunia semakin amat dekat dengan hari kiamat.


Antara tanda-tanda kiamat besar berikut menurut hadis;

1)Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.

2)Lahirnya Dajjal.

3)Keluar asap tebal.

4)Turunnya Nabi Isa a.s.

5)Kemunculan Imam Mahdi.

6)Matahari terbit dari ufuk barat.

7)Keluarnya suku Ya'juj dan Ma'juj.

8)Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik

9)Runtuhnya Ka'abah

10)Terdengar tiupan sangkakala pertama.

11)Ada azan tak di jawab

No comments:

Post a Comment