Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim Alumni ESQ
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang
boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam
adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi...
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi
warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki
dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam
erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu
itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya
sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pengh adam an. Warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu
ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut
ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di
mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari
dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang
lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana
spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan
ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan
dengan alam.. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti
dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu
Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan
Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan
dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur
delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam,
alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di
mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu
ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai
umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah
s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat
ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas
hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu
hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan
manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri
kelas taichinya.
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)